Mulai hari ni kalau orang tanya,
"Bila nak kawen?"
"Tahun ni la."
♥
Aku belum start buat preparation lagi. Got another 9 months to go before the big day. Aku buat rileks tapi orang keliling yang kalut dok tanya macam macam. But sokay. At least ada gak orang nak alert kan aku pasal benda ni.
Anyhoo, aku dah mula berangan pasal wedding dress since last year. Design macam mana belum finalized lagi but I have what I want in mind; white and lace. Basically macam gambar kat bawah.
Gambar yang aku amek dari Tumblr. Gambar ni la yang aku dok tayang sana sini tanya kalau ada orang boleh buatkan. For me lace memang cantik gila buat dress kawen. Satu; sebab aku taksuka manik bling bling banyak macam kawen kat Las Vegas. Dua; White lace is classic. Takkan pernah lekang dek panas dan takkan lapuk dek hujan dan aku juga yakin akan nampak cantik dalam dress macamni. Hmm kelas nauu bakal pengantin yakin diri.
Gambar dua kat atas ni pulak aku amek dari Google sebab nak tengok jenis kain ja. Haritu aku dengan mak ada pi survey kain kat Jakel tapi mahal nak mampuii. Semeter 300++. Itu belum campur upah lagi. Mula mak bising jugak suruh aku sewa ja. Honestly I don't mind nak menyewa asalkan aku jumpa dress macam yang aku nak which is harapan tipis lah kan sebab kalau bayar Rico Rinaldi, Fuzana Mokhtaza, Jovian Mandagie atau seangkatannya sahaja yang mampu untuk menjadikan dress impian hidup aku menjadi kenyataan. Huuuu nangis jap sebab takmampu. Kesimpulannya aku akan buat bajet untuk satu wedding dress and will work based on the budget. That's why kena rajin survey kain untuk dibeli. Low budget lah katakan.
Kata orang ukur baju dibadan sendiri, ukur duit kat wallet sendiri. Pendek kata nak ukur apa apa pon semua kena acu kat diri sendiri. Aku dengan Jack berhempas pulas nak make this happened. Budget takbesar jadi list kitorang kena ikut macam yang dirancang. Tapi tulah, penyakit aku ni jenis nak particular semua benda. Macam nak cari make-up artist, sampai sekarang aku tak jumpa lagi yang kena dengan taste aku. Hal ini juga turut bermaksud aku takmampu nak hire Nabby Badjenid tu tapi aku pon takmau la amek artist yang mekap pelik pelik satgi jadi mak lampir pulak dihari persandinganku. Satgi mulalah aku nak buat muka duduk kat pelamin. Ciss. Photographer, pelamin, catering-- semua aku takjumpa lagi yang berkenan di hati. Lagi ciss.
But sokay. Kita buat pelan pelan (perlahan lahan). Insyaallah banyak lagi masa. Just kena banyak research and discuss dengan orang. Hope everything will go well. Kalau blog aku ni public aku nak cakap 'Please pray for me' tapi memandangkan aku sorangja dok baca so tapayah nak pulun sangatla Ati.
Kbai.
No comments:
Post a Comment