Jul 4, 2013

OF MY LAST SEMESTER IN USM

Jadinya aku telah bergelar graduan daripada universiti tempatan. Universiti luar entah bila pulak. Tercapai jugak impian mak dan ayah tengok anaknya berjaya setelah anaknya ini berperangai tahi enam tahun lalu.

Dan ini adalah geng terbaik pernah aku ada sepanjang hidup. Susah senang aku selama tiga tahun ditempat orang, mereka ini ada untuk menjaga dan mendorong untuk aku buat yang terbaik. Liyana Sulaiman-- teman sebilik untuk dua tahun setengah. Banyak betul momen kita kongsi. Aku sakit kau jaga. Kau pulak takpernah sakit. Kita suka makan sushi, makan megi, buat modelling, bukak Youtube setup rambut, main mekap mekap, belit tudung; semuanya di bilik kecil kita.

Sumpah aku rindu.

Padanlah kita menangis sampai bengkak bijik mata petangtu. Asal kau tahu, walau sudah sampai Kuantan, aku masih menangis sampailah dua hari kemudian. Mata aku sakit bila bangun pagi. Tapi tak boleh nak ganti dengan rasa kosong dihati. Emosi tiada bertempat. Nasib baik blog ini sudah dikuncikan kepada orang luar. Sekarang aku sudah ada rasa segan untuk kongsikan kisah hidup aku dengan orang lain. Tak ada alasan kukuh. Cuma sekadar belum ada rasa untuk berkongsi.

Belum lagi.

No comments: