Nov 19, 2012

Sesetengah pemimpin kerajaan ni ibarat anak anak yang tidak berguna. Sesetengah rakyat pula ibarat ibu bapa yang tidak berdaya.

Dia sibuk nak guna duit rakyat nak buat projek itu ini. Bila kita komen, bagi pendapat dan persoalkan untuk apa kegunaan duit sebanyak tu, nanti dikatanya menghalang pembangunan. Macam kau tergedik gedik nak guna duit pergi melancong ke Eropah tapi menagih duit mak bapak. Bila mak bapak tanya kau nak buat apa dengan duit sebanyak tu, kau pulun bagi alasan entah apa apa. Bila dah dapat duit, lesap.

************************

Anak yang tidak berguna: "Mak, abah.... abang rasa mak dengan abah patut jual tanah bendang tu. Simpan pon bukan ada untung. Tauke dari Kolumpo tu nak beli RM20, 000. Jualkan jelah."

Ibubapa: "Sayanglah abah nak jualkan tanah tu. Itu tanah pusaka keluarga kita. Lagipun apalah sangat duit yang orang tu nak bayar dibanding dengan amanah keluarga."

Anak yang tidak berguna: "Alah abah, kalau setakat nak tengok tanah tu terbiar tak mendatangkan pulangan, lebih baik kita jual. Ada jugak untungnya. Boleh jugak mak dengan abah pergi haji."

Ibubapa: "Biarlah mak dan abah pergi haji hasil duit titik peluh kami sendiri. Bukan dengan hasil jualan tanah tu. Abah tak sanggup tengok tanah kita jatuh kat tangan orang lain macam tu je."

Anak anak yang tidak berguna: "Abah oi, simpan lama lama pon bukan nak buat apa. Orang dah nak bagi duit, kita ambik jelah. Untuk kebaikan kita jugak. Macam saya cakap tadi, duit tu boleh tanggung mak abah pergi haji. Kalau rasa bersalah sangat pakai duit tu pergi haji, abah buatlah pelaburan ke apa. Lepasni kita tak tahu tanah tu boleh buat untung pulak ke tidak. Silap silap dapat harga lagi rendah."

Ibubapa yang tidak berdaya: "Ikut kau lah Najib."

Anak yang tidak berguna: *Hihi*

No comments: