May 15, 2012


Dah seminggu katil aku bersepah. Everytime nak tidur, aku cuma tolak dengan kaki segala baju ke hujung katil. Setiap kali bangun tidur aku memang tak kemas katil dah. Dalam locker adalah maha hebat. Nasib baik ada pintu kalau tak diri sendiri ini menangis tengok seluar baju yang dicampak. Malas nak lipat. Dah dua minggu locker aku huru hara. Semester ini aku mengambil tindakan untuk memandang ringan sifat semulajadi seorang perempuan iaitu rajin. Hanger aku dah tak banyak yang tinggal. Semua baju aku sangkut. Baju yang dah dibasuh, disangkut semula dalam locker. Then bila datang turn baju baju lain pulak nak dibasuh, hanger yang aku pakai untuk sangkut baju baju dalam locker, aku ambil dan sangkut baju yang dah dibasuh. Baju baju yang disidai tu aku longgokkan dalam locker. Begitulah kitarannya semester ini. Kau faham tak cycle orang malas?

No comments: