Mar 1, 2012

Aku boleh rasa these two days I had been super-unproductive. See, bercakap pun dah tunggang langgang buat bahasa multicultural.

Aku telah melalui 7 jam meeting pada dua malam lepas dan aku end up menjadi serigala jadian dipagi esoknya sebab tak cukup tidur. Perasaan nak telan orang jahat tu membuak buak. Aku punya penat sampai aku lagi rela takmandi dan terus tidur tapi perasaan kulit badan yang dah macam dilempar dengan teh tarik perlu diambil kira dan buat aku fikir, mandi jelah. Mandi pun nak sekejap, sebab tidur lagi penting. Makan pun dah turun pangkat sekarang. Kalau dulu makan adalah lebih satu daripada nombor satu, sekarang aku tak tahu dia lepas kemana dah. Aku tak heran walaupun perut rasa mual dan diri macam nak pengsan. Sirius aku tak heran. Dan aktiviti tidak sihat itu telah berlaku dalam dua hari ini yang berbalik kepada topik tadi, aku jadi super-unproductive sebab everytime aku nampak katil aku terus tidur tak sedar diri dan tak hingin nak makan.


Gambar ini sungguh tipu. Aku takpernah study sampai tertidur. Aku cuma study untuk tidur.

No comments: