Nov 12, 2011

ITS NOT FOUR IN THE MORNING YOU MORON

Aku malas nak bercerita sebenarnya. Dah bertahun tak update blog maka kepala dah tepu jari pun kaku. Tapi untuk benda ini, aku buat pengecualian sebab perkara yang buruk harus dihebahkan supaya warga bumi mengasihani aku. Okay, over sangat. Aku nak stori mory sebab boleh tahan sakitlah hati ni malamtu dan aku pun dah nak balik Penang esok setelah seminggu bercuti dirumah. Uhmm pointnya adalah aku nak sampai ke destinasi tujuan dalam masa yang ditetapkan pada esok hari dan takmahu kejadian yang sama berulang kembali.

On 4th November 2011, bas aku yang dari Penang ke Kuantan sepatutnya gerak pada pukul 9 malam tapi tak tahulah apa jadahnya dia datang tepat 3 pagi. Lepastu sempat lagi driver tu meroyan dalam bas for half an hour jugaklah kan, suruh kami report direct ke LPKP pasal bas lahanat tu. Aku malas amek port, terus pejam mata sampai aku bangun pagi esoknya, baru sampai Selangor. Citt, 7 jam atas bas dari Penang baru sampai Selangor lepastu kena tukar bas lagi kat Sg. Buloh. Dahlah perasaan nak muntah membuak buak dalam diri ini. Dengan tak gosok gigi bagai. Dari awal lagi (from Penang) kami terpaksa berebut seats sebab sepatutnya naik bas lain tapi bas lain yang sampai so macam sesia lah aku beli tiket untuk single seat. Ada jugak yang tadapat seats lagi kasihan.

Actually aku tadeklah marah sangat walaupun kematu jugaklah bontot aku menunggu kat terminal tu macam peminta sedekah. Sebab ramai lagi dak dak yang seangkatan dengan aku kat situ dan yang paling awesome Jack temankan. Sampai bas aku dah gerak baru dia balik.

Aku malas amek port pasal tingkahlaku syarikat tak berguna tu keatas masyarakat. Sounds macam aku adalah anggota masyarakat yang tak prihatin but entahlah, aku kan malas. Biarlah orang lain report pasal syarikat tak berguna tu *sekali lagi*

No comments: