Satu. Alhamdulillah pointer okay okay sahaja untuk semester pertama di USM. Semester ni aku gatal bet dengan Jack untuk dapat 3.80 above. Tatawla dia sirius tak. Yang penting cabaran untuk diri sendiri. Ouhh itu dah macam azam tahun baru. Lame.
Dua. Berat badan terkini semakin melampau lampau dengan aku. Haihh lemak kau ni nak bergurau senda lah pulak kan. Kejap 60kg kejap 80kg. Penat nak workout taw penat?
Tiga. Kelas pertama di semester kedua dah mengadap lecturer TERSAYANG. Last semester aku drop subjek tu sebab bermasalah dengan setan setan lahanat dalam group. So aku Fafat Dada dan Syamir pon drop course tu. Haaa amek kauu semester ni memang berjodoh gilababi dapat jumpa dia lagi. Nice baby nice.
Empat. Dah dua malam aku tak dapat join The Gang lepak luar sebab flu dan taklarat serta malas-lah kot sebab utamanya nak jalan ke kedai makan. Sokay. Tunggu demam dan flu ni hilang. Nak keluar jalan jalan tamaw balik dah aihh.
Lima. Penang dah macam loser sekarang. Dahla pulau, esok pulak lah satu Pulau Pinang ni tadek air starting 7am till 7pm. Aku tak risau. Aku taw aku wangi. Dah survey banyak orang. Research pon dah buat.
Enam. Iron di aras 2, 3, 4 dan 5 rosak. Aras 1 aku tak sure boleh pakai ke tak iron nya. So pagi tadi ke kelas aku bantai pakai tudung yang dah berapa hari tak basuh tah. Kalau jantan yang baca blog aku ni mesti assume aku loser habes. Lantak lah.
Tujuh. Sekarang tengah membasuh baju. Okay, basuh baju pakai washing machine lebih tepat. Laratlah pulak aku nak menyental baju baju tu kan. Aku kan paling malas. Never say never untuk menggunakan khidmat mesin basuh.
Lapan. Okay dah tataw nak mengarut apa. Kang termencarut pulak. Aku kan kuat maki. Yeah, semua benda lah aku nak cakap aku kuat kan. Duhh. Babai !
6 comments:
congrats utk result di semester pertama.awak hebat :)
Ouhh biasa biasa saja. Thanks btw :)
ohoi,
beratnye ko,
bleh share camne nak naik sampai 80 kilo? hehe
husna...berat tu satu anugerah tau..hik3
Epul, makan tido makan tido memang boleh buat kau 80kg. Nak lebih lagi? Usahakan makan tido makan tido dengan lebih lagi.
Aku nak share berat dengan hang la Qilah.
Post a Comment