Jun 11, 2024

KELUAQ SAT

My current favorite podcast adalah Keluar Sekejap. 

KS sudah ada 108 episod. Banyak episod aku skip tapi sejak bekerja di sebuah syarikat yang jaraknya hampir sejam perjalanan pergi dan balik setiap hari, maka aku ada hampir 2 jam untuk mendengar KS. 

Salah seorang tetamu undangan KS tidak salah apabila berkata bahawa platform itu membuka ruang dan peluang kepada ahli politik untuk bersuara dan justify keputusan-keputusan yang mereka ambil. Somehow, ia turut membantu penonton dan pendengar untuk faham dan hadam kerja-kerja di balik tabir sesuatu keputusan politik. 

It can never satisfy everybody, but it has to ease the burden of the many.

Kandungan KS pada minggu ini sangat menarik. KJ, Shahril, dan Pak Dino membawa penonton dan pendengar untuk memahami impak geopolitik, khususnya di Asia Tenggara, apabila Prabowo bakal mengambil alih jawatan presiden pada Oktober menggantikan Jokowi selepas sedekad berkuasa.


Banyak juga topik yang dibincangkan dan antaranya menyebut Asean perlu bersikap lebih tegas.

Jangan hiraukan kritikan mengarut Barat terutama Amerika Syarikat yang selalu memperlekeh dan melabel kita. 

Berhentilah mengagungkan padangan Barat. 

It is clear now that the West is not that wise dan hanya tahu membuli saja. 

Minggu lalu aku baca pasal insights capres pilihanraya Amerika Syarikat 2024 iaitu Biden dan Trump. Kedua-duanya masih bodoh dalam pendirian mereka mengenai perbuatan gen0sid Israhell ke atas G4z4 dan TIME pun sama bodoh buat narrative yang berat sebelah. 

Aku baca artikel itu sambil menyumpah-nyumpah.

Amerika Syarikat selalu claim mereka adalah sebuah negara yang cerdik. Jadi aku fikir mereka boleh menghasilkan ramai pemimpin cerdik yang mampu merepresentasi negara mereka sepertimana dalam kebanyakan filem cliche terbitan Barat. 

Namun ternyata filem hanyalah filem kerana akhirnya Amerika Syarikat cuma mampu recycle badut yang pi mai pi mai tang tu tidak akan mengubah polisi negara ke arah yang lebih baik. 

As a matter of fact, Malaysia is doing better. 

Jun 10, 2024

OF MY LIFE: PART 2

Fuh berselang 4 bulan jugalah daripada Part 1 nak ke Part 2. Plan asal adalah aku up Part 2 sehari selepas Part 1. Lepastu tahlah, life happened. Anyways, aku sebenarnya lebih nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati kerja dekat satu company di Kuantan ni. Selama aku berkerja, company ni paling dahsyat level micromanage dia and paling teruk dia layan staff. 

Most of us ada cerita memasing, tapi ni adalah cerita part aku. 

  1. Masa aku apply kerja di situ, jawatan yang dipohon adalah Admin Lead, so kerja-kerja dasar adalah sebagai HR/Admin yang oversees employees and day-to-day operation. Tapi semasa interview dengan MD, dia tengok background aku in Comms, dia kata he needs someone with my background to help him with branding, stakeholder engagement and eventually leads to sale. Aku cakap aku tak ada background sale but he said its ok cz its just front end. Meaning aku just craft email to potential clients. And he convinced me he's also learning so no pressure for me so long we do things together. So I said ok. 
  2. They said they will contact me in a few days tapi after a week or so tak ada khabar berita so aku contactlah HR dia. Then they said he would like to call me for a second interview esoknya. Aku pun pergilah. That's when he decided to create a position for me - Sales & Marketing Officer. 
  3. First two months kerja memang aku rasa excited sebab I feel like I want to do more for the company. Direction from the MD was they would like to grow and expand regionally and into Middle East market. We both pernah kerja di GLCs so dia nak terapkan work culture yang sama di company dia. Btw, his company is a family business. Founded by his father in the 80s. His work ethics are sooooo different from all of us. Sangat micromanage atas alasan jangan percayakan staff nanti kena pijak. 
  4. Waktu bekerja kami adalah daripada jam 8 pagi sehingga 6 petang, 5 hari seminggu. Sepanjang ingatan aku kerja sana, aku rasa tak ada masa nak bernafas pun sebab masuk ofis terus busy siapkan kerja-kerja, lunch break sejam, then sambung kerja sampai waktu balik. Probation 6 bulan so sepanjang 6 bulan tak dapat paid leave. 
  5. Yang aku nak cerita sebenarnya pasal anak perempuan dia yang tetiba balik daripada KL masuk kerja kat company bapak dia. Start daripada dia masuk sampailah aku blah daripada company tu, memang dia ni kaki bercakap putar alam and aku doakan company tu melingkup cepat and perempuan tu tak akan bahagia selama hayat dia. Never in my life aku doakan orang macamni tapi sesungguhnya aku sangat sakit hati mengenangkan perangai babi dia sampai aku kena terminate. 
  6. Actually I plan nak tulis story pasal apa tahi yang dia buat kat aku tapi serius dah separuh jalan aku jadi penat nak ingat balik, apatah lagi nak menulis kat sini. Aku taknak bila baca balik blog ni aku teringat balik segala babi tahi dia buat. Cukuplah aku tahu aku sakit hati and aku cuma ulang doa company tu melingkup cepat and perempuan tu tak akan bahagia selama hayat dia.


Sekian.