Jun 11, 2024

KELUAQ SAT

My current favorite podcast adalah Keluar Sekejap. 

KS sudah ada 108 episod. Banyak episod aku skip tapi sejak bekerja di sebuah syarikat yang jaraknya hampir sejam perjalanan pergi dan balik setiap hari, maka aku ada hampir 2 jam untuk mendengar KS. 

Salah seorang tetamu undangan KS tidak salah apabila berkata bahawa platform itu membuka ruang dan peluang kepada ahli politik untuk bersuara dan justify keputusan-keputusan yang mereka ambil. Somehow, ia turut membantu penonton dan pendengar untuk faham dan hadam kerja-kerja di balik tabir sesuatu keputusan politik. 

It can never satisfy everybody, but it has to ease the burden of the many.

Kandungan KS pada minggu ini sangat menarik. KJ, Shahril, dan Pak Dino membawa penonton dan pendengar untuk memahami impak geopolitik, khususnya di Asia Tenggara, apabila Prabowo bakal mengambil alih jawatan presiden pada Oktober menggantikan Jokowi selepas sedekad berkuasa.


Banyak juga topik yang dibincangkan dan antaranya menyebut Asean perlu bersikap lebih tegas.

Jangan hiraukan kritikan mengarut Barat terutama Amerika Syarikat yang selalu memperlekeh dan melabel kita. 

Berhentilah mengagungkan padangan Barat. 

It is clear now that the West is not that wise dan hanya tahu membuli saja. 

Minggu lalu aku baca pasal insights capres pilihanraya Amerika Syarikat 2024 iaitu Biden dan Trump. Kedua-duanya masih bodoh dalam pendirian mereka mengenai perbuatan gen0sid Israhell ke atas G4z4 dan TIME pun sama bodoh buat narrative yang berat sebelah. 

Aku baca artikel itu sambil menyumpah-nyumpah.

Amerika Syarikat selalu claim mereka adalah sebuah negara yang cerdik. Jadi aku fikir mereka boleh menghasilkan ramai pemimpin cerdik yang mampu merepresentasi negara mereka sepertimana dalam kebanyakan filem cliche terbitan Barat. 

Namun ternyata filem hanyalah filem kerana akhirnya Amerika Syarikat cuma mampu recycle badut yang pi mai pi mai tang tu tidak akan mengubah polisi negara ke arah yang lebih baik. 

As a matter of fact, Malaysia is doing better. 

No comments: