Nov 5, 2024

 "Dear child, no matter where you work,

If no one helps you along the way --

Then don't treat this job as a career. It's just a job, don't get too carried away.

        Colleagues are just work partners.

If you can get along, then do; if not, just forget it.

            Leaders are also employees. There's no need to be obsequious. 

Just show respect. The purpose of work is to make money.

If you can't make money, then earn knowledge. If you can't gain knowledge, then gain experience.

If you can't gain experience, then gain insights. As long as you earn a little.

                You can earn more money. 

    In the final analysis, work is a means of making a living. Never let your work consume your emotions. 

Internally consuming yourself will truly lose the meaning of life."


Sebenarnya benda yang aku paling paling rindukan adalah zaman bekerja di MIM. Dan aku masih berimpian untuk bekerja di syarikat yang seperti itu, atau lebih baik. Sebab aku sekarang dah berada dalam fasa kerja jelah. Tak kuasa nak ambil tahu pasal benda benda lain. Bangun subuh, siap siap ke ofis. Clock in jam 8.30 pagi, 6 petang balik. Cukup bulan ambil gaji. 


Aku nak semangat semangat pergi kerja sambil menikmati benefits yang best. 

Pakai lelawa, mekap, ada colleagues yang sekufu. 

Ya Allah, semoga ada rezeki aku lagi. 

Jun 11, 2024

KELUAQ SAT

My current favorite podcast adalah Keluar Sekejap. 

KS sudah ada 108 episod. Banyak episod aku skip tapi sejak bekerja di sebuah syarikat yang jaraknya hampir sejam perjalanan pergi dan balik setiap hari, maka aku ada hampir 2 jam untuk mendengar KS. 

Salah seorang tetamu undangan KS tidak salah apabila berkata bahawa platform itu membuka ruang dan peluang kepada ahli politik untuk bersuara dan justify keputusan-keputusan yang mereka ambil. Somehow, ia turut membantu penonton dan pendengar untuk faham dan hadam kerja-kerja di balik tabir sesuatu keputusan politik. 

It can never satisfy everybody, but it has to ease the burden of the many.

Kandungan KS pada minggu ini sangat menarik. KJ, Shahril, dan Pak Dino membawa penonton dan pendengar untuk memahami impak geopolitik, khususnya di Asia Tenggara, apabila Prabowo bakal mengambil alih jawatan presiden pada Oktober menggantikan Jokowi selepas sedekad berkuasa.


Banyak juga topik yang dibincangkan dan antaranya menyebut Asean perlu bersikap lebih tegas.

Jangan hiraukan kritikan mengarut Barat terutama Amerika Syarikat yang selalu memperlekeh dan melabel kita. 

Berhentilah mengagungkan padangan Barat. 

It is clear now that the West is not that wise dan hanya tahu membuli saja. 

Minggu lalu aku baca pasal insights capres pilihanraya Amerika Syarikat 2024 iaitu Biden dan Trump. Kedua-duanya masih bodoh dalam pendirian mereka mengenai perbuatan gen0sid Israhell ke atas G4z4 dan TIME pun sama bodoh buat narrative yang berat sebelah. 

Aku baca artikel itu sambil menyumpah-nyumpah.

Amerika Syarikat selalu claim mereka adalah sebuah negara yang cerdik. Jadi aku fikir mereka boleh menghasilkan ramai pemimpin cerdik yang mampu merepresentasi negara mereka sepertimana dalam kebanyakan filem cliche terbitan Barat. 

Namun ternyata filem hanyalah filem kerana akhirnya Amerika Syarikat cuma mampu recycle badut yang pi mai pi mai tang tu tidak akan mengubah polisi negara ke arah yang lebih baik. 

As a matter of fact, Malaysia is doing better. 

Jun 10, 2024

OF MY LIFE: PART 2

Fuh berselang 4 bulan jugalah daripada Part 1 nak ke Part 2. Plan asal adalah aku up Part 2 sehari selepas Part 1. Lepastu tahlah, life happened. Anyways, aku sebenarnya lebih nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati kerja dekat satu company di Kuantan ni. Selama aku berkerja, company ni paling dahsyat level micromanage dia and paling teruk dia layan staff. 

Most of us ada cerita memasing, tapi ni adalah cerita part aku. 

  1. Masa aku apply kerja di situ, jawatan yang dipohon adalah Admin Lead, so kerja-kerja dasar adalah sebagai HR/Admin yang oversees employees and day-to-day operation. Tapi semasa interview dengan MD, dia tengok background aku in Comms, dia kata he needs someone with my background to help him with branding, stakeholder engagement and eventually leads to sale. Aku cakap aku tak ada background sale but he said its ok cz its just front end. Meaning aku just craft email to potential clients. And he convinced me he's also learning so no pressure for me so long we do things together. So I said ok. 
  2. They said they will contact me in a few days tapi after a week or so tak ada khabar berita so aku contactlah HR dia. Then they said he would like to call me for a second interview esoknya. Aku pun pergilah. That's when he decided to create a position for me - Sales & Marketing Officer. 
  3. First two months kerja memang aku rasa excited sebab I feel like I want to do more for the company. Direction from the MD was they would like to grow and expand regionally and into Middle East market. We both pernah kerja di GLCs so dia nak terapkan work culture yang sama di company dia. Btw, his company is a family business. Founded by his father in the 80s. His work ethics are sooooo different from all of us. Sangat micromanage atas alasan jangan percayakan staff nanti kena pijak. 
  4. Waktu bekerja kami adalah daripada jam 8 pagi sehingga 6 petang, 5 hari seminggu. Sepanjang ingatan aku kerja sana, aku rasa tak ada masa nak bernafas pun sebab masuk ofis terus busy siapkan kerja-kerja, lunch break sejam, then sambung kerja sampai waktu balik. Probation 6 bulan so sepanjang 6 bulan tak dapat paid leave. 
  5. Yang aku nak cerita sebenarnya pasal anak perempuan dia yang tetiba balik daripada KL masuk kerja kat company bapak dia. Start daripada dia masuk sampailah aku blah daripada company tu, memang dia ni kaki bercakap putar alam and aku doakan company tu melingkup cepat and perempuan tu tak akan bahagia selama hayat dia. Never in my life aku doakan orang macamni tapi sesungguhnya aku sangat sakit hati mengenangkan perangai babi dia sampai aku kena terminate. 
  6. Actually I plan nak tulis story pasal apa tahi yang dia buat kat aku tapi serius dah separuh jalan aku jadi penat nak ingat balik, apatah lagi nak menulis kat sini. Aku taknak bila baca balik blog ni aku teringat balik segala babi tahi dia buat. Cukuplah aku tahu aku sakit hati and aku cuma ulang doa company tu melingkup cepat and perempuan tu tak akan bahagia selama hayat dia.


Sekian. 

Feb 20, 2024

OF MY LIFE: PART 1

Sebagai manusia, banyak benda yang terjadi dalam hidup dan selalunya kita ingat certain era saja - the happiest or the saddest. Cara aku ingat the happenings in my life adalah bermula dengan selepas tamat SPM. Jalan ceritanya adalah seperti berikut:

  1. Sempat kerja sebagai sales girl di sebuah kedai barang rencam. Kalau zaman sekarang equivalent to Pasaran Berjaya/ Yang Yang/ Big 10 but in a smaller scale. Aku juga amek lesen motor dan kebetulan ayah beli motor baru. He did't say it was mine but dengan motor tu lah aku merempit ke Kangar almost daily sebab aku amek English class kat sana. Oh masani kami masih menetap di Kuala Perlis. 
  2. 2007 aku sambung diploma di KPMIM dan family aku juga pindah ke Kuantan. Aku macam tak berapa ingat apa jadi kat sana sebab itu macam zaman yang membosankan. Aku penah ada blog yang aku selalu update pasal life di zaman tu lepastu acah dah matang sikit lepas masuk uni aku pi delete sebab taknak ingat kenangan lama. Patut archive jelah deyy. Final year di KPMIM, aku intern di NST Kuantan selama 3 bulan (kalau tak salah). 
  3. Habis diploma aku buat lesen kereta (zaman manual) before dapat offer degree di USM. Ni zaman blog baru a.k.a blog yang ini. Taktahulah kenapa aku pilih nama cffeeanddrugss. Acah apa pun taktahulah zaman ni. Di USM, aku buat credit transfer daripada diploma so study years dipendekkan kepada 2 tahun setengah saja. Takfaham kenapa aku beriya nak cepat cepat habis belajar padahal grad awal pun tak adalah best mana. Aku juga sempat kerja sebagai cashier di Nirwana Batu 3 during semester break sebab ada sekali tu cuti sem IPTA lama betul (almost 4 months) sebab aku dengar orang cakap nak bagi tally dengan international punya summer break. Tohler. Ketika di USM juga aku buat internship di Brand Management Group TV9.
  4. Januari 2013, lepas habis exam degree (kiranya belum sempat keluar transkrip) aku terus apply kerja kat Parkson ECM. Starting gaji RM1,100 ikut gaji diploma. Kerja sekejap then nampak iklan Domino's Pizza tengah rekrut Assistant Restaurant Manager sebab diorang plan nak buka di Kuantan. It was an open interview kat Rocana Hotel tapi aku tak ingat aku pergi interview tu ke tidak or aku just drop resume and they called for kerja terus. Anyways, aku dapat and kena training for few months di KL/PJ. Dah elok elok training kat KL/PJ, something happened and aku jadi trauma so I decided to quit lepastu kerja di UJ at SS15. 
  5. After almost a year kerja di UJ, aku balik kerja di Kuantan tapi masani family aku dok Rompin. So aku menyewa bilik di Kuantan. Punyalah homesick masa kerja sana, habis kerja Sabtu tengah hari aku shoot balik Rompin then subuh Isnin baru aku gerak balik Kuantan untuk masuk ofis terus. SEPANJANG DALAM KERETA AKU MENANGIS YE SEBAB BERAT HATI. Tapi sebenarnya tak suka kerja situ hahaha. 
  6. Baru kerja Kuantan 2 bulan, aku dapat kerja di MIM, Iskandar Puteri Johor. So, Ogos 2014 aku start kerja sana sampai Disember 2019 sebab masatu MIM nak scale down jadi they offered MSS. I took it and dapat pampasan. I wanna declare, MIM adalah tempat kerja paling best selama pengalaman aku bekerja di berbagai tempat. Good pay, great benefits, great colleagues and bosses. With ex-collegues, kiorang still rapat and contact on daily basis sampai sekarang. Paling best, no jam di IP. Bangun jam 8 pagi, siap siap masuk kerja jam 8.30.
  7. Lepas amek MSS, aku kerja di IIB for 2 years tapi kontrak on annual basis. Tak best, disamping aku pun ada problem dengan Jack. Last last I decided that I do not want to continue working at IIB sebab dah 2 tahun kerja pun masih kontrak despite kasi janji bulan bintang. Sis penard. 
Okay sambung di next entry sebab yang tu dah dikira era baru. Bye. 

Feb 19, 2024

Rupanya aku tak pernah bercerita langsung pasal Fatimah Laura dalam blog ni. Dah tahun 2024 weyyy. Aku beranakkan dia dua tahun lepas. Time Ali dulu still dalam pantang aku terus up entri pasal dia. 

Agaknya memang itulah nasib second born, selalu dilupakan. 

Anyways, aku pregnantkan si Timah pada pertengahan 2021, that was right during PKP yang keberapa pun aku dah lost count. Yang aku ingat, kitorang takboleh balik beraya tahun tu sebab aku dan Jack masih bekerja di Johor. Selama mengandung, aku memang kuat makan during second and third trimester, alahan cuma pada awal-awal pregnancy. Lepastu melantak tak ingat dunia. Sekali makan aku boleh santap 2 meals. Kemudian selang sejam aku ajak Jack keluar jalan-jalan pi cari kuih muih for tea. Dia sebenarnya lebih kepada nak ronda-ronda tengok dunia luar tapi malas turun kereta sebab nak kena aircond saja.

Penghujung 2021, aku habis kontrak di IIB then kami ambil keputusan balik Kuantan. Aku bersalinkan Timah pada 31 Januari 2022 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Kali ni tak ada company insurance nak cover so serah diri ke hospital kerajaan sajalah. Murah dan yang penting aku boleh bersalin normal sebab government hospital memang akan push for normal delivery selagi tak membahayakan nyawa mak atau anak. 

This is something yang aku favor sebab masa beranakkan Ali di KPJ Pahang, aku just rasa semua staff situ (my doc and the nurses) dok push suruh buat elective czer and takde effort nak cuba normal delivery. Sudahlah aku beranakkan anak sulung. Aku tak ada knowledge of what to expect and aku just dengar their so-called advice sambil diri sendiri dok timbang tara mana baik buruk. Sepanjang ingatan aku masa nak beranak tu, I only remember doc cakap kepala anak tak engage dengan pintu rahim so dia suruh consider elective czer. Tak ada dia mention pasal pros and cons, neither advised aku untuk try for normal delivery considering that was my first delivery. Itu jelah yang buat aku sebel sikit cz the rest - room and services memang tiptop *chef kiss*

Okay berbalik pada Timah, masatu aku dah early 30s so dah start masuk fasa malas bersosial media. Aku announce pasal her born di Facebook pun lambat seminggu dua macamtu. Tapi, to my close friends, memang aku text setiap orang dan di wasep group announce pasal Timah. Betapa aku lebih gigih maintain contact the traditional way rather than through socmed. 

This one's fresh from oven  

Sebenarnya entri aku yang ini sangat kelaut dan tak detail sebab aku tak berapa ingat dah -,-

Tapi sis cuba dan aku plan nak rajin update kat sini cz I always find comfort in writing.