Feb 22, 2016


I grew up to the love story of be married to someone who even when you're mad at her, you would want to kiss her and never let go.

Jan 31, 2016


Hi.

Lamanya Ati tak menulis. Kononnya circa 2014 dulu nak buat 10-positive-daily-posts tapi tak menjadi sebab (bajet) busy sangat. Well, esok dah nak masuk February pon. Meh sini aku nak wrap up my 2015.
  1. Am married to Muhammad Ikhwan Zulkaflee on June 14. Alhamdulillah dengan sekali lafaz :)
  2. Still having trouble to adjust myself with married life. Most of the times I blame myself sebab takpandai nak menyenangkan benda. Well, that's another story worth telling which aku tataulah bila aku nak tulis.
  3. Pada ulangtahun kelahiran aku yang ke 25, aku cuma sambut sorang sorang -kebetulan keluar lunch dengan Heliz, Kak Mimi and Kak Leen, dah order makan baru aku macam terkeluar cakap "Today's my birthday". So Kak Leen treated me lunch yang taksedap langsung sebab aku tersalah order. Sad, kan? But alhamdulillah di ulangtahun ke-26 which was on Dec 9 last year, Wolfpack acah-acah buat birthday surprise kat Moonlight. Terharu much? Yes sebab selama aku hidup aku rasa sedih gila lahir bulan 12 tak dapat wish birthday from classmates sebab Disember adalah time cuti sekolah. Bila masuk kolej and uni pon sama. Tapi kat USM sempat jugak dapat surprise from Jack. Hiks.
  4. I've secured a job in Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd as the Associate of Stakeholder & Media Management. Hasta la vista MT.
K tu je. Aku doakan semoga diri sendiri dapat menempuh 2016 dengan penuh bijak dan classy.

Oct 20, 2015


Entah apa shit lah aku buat harini. Baru cuti sehari dah lose focus. Nasib baik AA tak mengamuk walaupun amukan dia cuma dihujung tanduk tadi. Aku nampak. Nampak sangat.

Oct 10, 2015

I HATE YOU TO THE MOON & BACK


Tadi aku lunch di bawah. Tiba tiba Shira keluar dari bilik tanya nak pi tengok wayang tak. Mukanya sugul, aku yakin dia baru lepas gaduh dengan boyfriend sebab benda tu dah jadi kebiasaan buat Shira. Yang luar biasanya kalau hubungan depa tak ribut. 

Lalu aku iyakan saja ajakan Shira untuk ke panggung. Sambil menambah, "Jom tengok The Martian."

Dua minit kemudian Shira duduk sebelah aku, sambil bukak cerita pasal dia gaduh dengan boyfriend dia semalam, dua malam lepas, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas dan yang lepas lepas. Air matanya bertakung. Dari cerita Shira aku agak dia kecewa sangat dengan lelaki tu. Lelaki yang umurnya masih muda. Apalah sangat erti tanggungjawab dan susah pada dia. Bertahun bercinta tapi perangai masih sama. Aku tengok jam, 20 minit jugak Shira mengungkit bercerita pasal mamat yang sepuluh kali diulang sebut nama pon aku masih takdapat ingat sampai sekarang. Terbukti mamat tu tak significant dalam hidup aku.

"Entahla... Shira dah penatla dengan dia."

Lalu aku tanyakan soalan paling senang dalam dunia, "Kenapa tak tinggalkan saja?"