Entah apa shit lah aku buat harini. Baru cuti sehari dah lose focus. Nasib baik AA tak mengamuk walaupun amukan dia cuma dihujung tanduk tadi. Aku nampak. Nampak sangat.
Oct 20, 2015
Oct 11, 2015
Oct 10, 2015
I HATE YOU TO THE MOON & BACK
Tadi aku lunch di bawah. Tiba tiba Shira keluar dari bilik tanya nak pi tengok wayang tak. Mukanya sugul, aku yakin dia baru lepas gaduh dengan boyfriend sebab benda tu dah jadi kebiasaan buat Shira. Yang luar biasanya kalau hubungan depa tak ribut.
Lalu aku iyakan saja ajakan Shira untuk ke panggung. Sambil menambah, "Jom tengok The Martian."
Dua minit kemudian Shira duduk sebelah aku, sambil bukak cerita pasal dia gaduh dengan boyfriend dia semalam, dua malam lepas, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas dan yang lepas lepas. Air matanya bertakung. Dari cerita Shira aku agak dia kecewa sangat dengan lelaki tu. Lelaki yang umurnya masih muda. Apalah sangat erti tanggungjawab dan susah pada dia. Bertahun bercinta tapi perangai masih sama. Aku tengok jam, 20 minit jugak Shira mengungkit bercerita pasal mamat yang sepuluh kali diulang sebut nama pon aku masih takdapat ingat sampai sekarang. Terbukti mamat tu tak significant dalam hidup aku.
"Entahla... Shira dah penatla dengan dia."
Lalu aku tanyakan soalan paling senang dalam dunia, "Kenapa tak tinggalkan saja?"
Oct 9, 2015
NAFKAH
Aku mintak Jack belikan kasut Nike sempena birthday. Taksangka pulak hadiah tu sampai awal dibulan Oktober.
Kenapa Ati terhegeh hegeh mintak sneakers dengan Jack?
Sebab lepas kawen dah start pakai socks jadi kadangkadang socks tak match dengan kasut kasual yang dipakai. Maka aku harap dengan adanya sneakers ni dapatlah cover kaki disamping bergaya hasil pau duit suami.
Oct 7, 2015
So I spent my last weekend in KL, attended a wedding on my husband's side. Lalu kami terjumpa saudara jauh, antaranya Tok Chik pompuan. Lets call her Tok Chik instead regardless of her gender.
The next day, my mother in law called Jack.
"Mama kata Tok Chik ada bagi mas kat awak. Mama mintak alamat nak pos."
"Tok Chik semalam tu ka?", kagum sebab baru jumpa sekali Tok Chik dah jatuh hati dengan aku. Mungkin aku memang ada skill menambat hati orang tua. Hatiku tersenyum lebar.
Tapi buat-buat tanya lagi. "Mas apa eh? Takkan main pos macamtu ja?"
"Mas(k) muka."
Luluh hatiku ibarat orang menarik pinggan nasi ketika sedang lapar. Baru aku teringat semalamnya dia tegur muka aku yang berparut jerawat dan dia nak bagi krim.
Nampaknya masih belum ada skill menambat hati orang tua.
Subscribe to:
Posts (Atom)




