Sep 28, 2015



Umey tanya aku ada bayar pinjaman PTPTN tak.

Lalu aku jawab ya. Aku bayar.

Umey sengih sambil cakap baiknya aku.

Aku nak lawan sengih balik tapi aku tau sengih saja tak memadai nak buat dia sedar.

"Itu kan duit hutang. Duit hutang wajib bayar. Dahla kita hutang sebab nak belajar. Sebab nak masa depan cerah."

Aku harap dia sedar masa depan dia tak berapa nak cerah sebab tak bayar hutang.

Aug 11, 2015



1. Masa akad nikah aku selop menangis sebab mengenangkan dosa dengan mak ayah. Sebelum kahwin aku pasang azam nak jadi isteri yang taat pada suami dan solehah. So bila dah sah bertukar syurga, aku sebak. Segala benda baik aku buat lepasni semata nak pleasekan Jack padahal dengan mak ayah dulu aku layan kelas ekonomi punya.

2. Aku rasa malam kedua atau ketiga lepas kahwin which we both were still at my parent's in Kuantan, aku sedih sangat malamtu. Sebab tetiba aku rasa gap yang sangat besar bila dah jadi isteri orang. Ayah no longer sibuk panggil aku buatkan kopi dia yang aku sengaja kurangkan gula sebab taknak dia suruh dah in future. Mak pon tak panggil aku langsung tolong dia kat dapur. Semuanya atas dasar kesedaran diri sendiri nak pi tolong ke tak. Dan sumpah aku sedih sebab tiba-tiba  rasa asing sangat dalam rumah sendiri. Ayah sorang-sorang tengok bola kat depan. Mak kat bilik belakang aku tataulah dia buat apa aku segan nak pi tengok takut nanti menangis. Pendek kata malam tu kemuncak segala rasa sedih aku lalu aku selop menangis kat Jack sampai hidung tersumbat.

"Look baby. You're my wife. My life partner. But you should know that I managed to live all by myself all these while. Basuh baju, lipat baju, masak, makan, groceries- semua buat sendiri. Being married to me doesn't mean that I stop you from doing whatever you did before. You're still anak mak dan ayah, You're still Along to your sisters and brother. I don't take you from them."

3. As we grew older, baru kita  tahu nak value something. Like the bonding between you and parents, your siblings. Now aku rasa I have nothing to do with my parents. Ajaib kan, selepas 26 tahun, dengan sekali lafaz kita jadi milik orang lain.

Jul 25, 2015

Awal awal pagi Nurul dah called sebab dia nak datang rumah aku amek barang-barang yang dia tinggalkan before dia pindah ke rumah sewa lain dulu. Aku tanya pukul berapa dia nak datang. 

"Dalam pukul 10."

"Okay."

Sesuka hati aku nak okaykan je. Tengok jam, dah 9.30-ish, Terus capai towel dan mandi. Aku turun bawah siap siap nak masak, mana tau Nurul nak singgah makan sekali. Sambil aku WhatsApp dia tanya nak datang berapa orang. Boleh pulak dia takjadi datang. Ada hal, so Monday pulak appointment kami. Whatev.

Nasib baik tak masak banyak. Nak makan sorang je pon.



Jul 24, 2015

IF I WERE TO MAKE A DECISION


Kalau satu hari nanti, ada orang pegang tangan aku, tarik duduk sambil minum kopi dan tanyakan rancangan masa depan aku. Lalu aku akan jawab begini: kalau bukan rezeki aku bekerja tetap di Medini, aku nak daftar kursus menjahit kat Giatmara Kuantan selama 6 bulan, duduk dengan mak aku. At least twice a month ke Jack boleh balik Kuantan jumpa aku. Then lepastu aku nak start business sendiri. Nak jahit baju, skirt, seluar. Dah mampu sikit nak beli mesin jahit then pindah dok KL dengan Jack. Sewa/beli rumah. Sambil sambil tu boleh buat Atkin diet meal service as planned. Kerja dari rumah je senang.

Tapi siapa yang nak tanya aku macam tu?