Apr 19, 2015

IN LESS THAN TWO MONTHS


Jujurnya, aku rasa cuak jugak bila nak kawen ni. In less than a month I'm going to be someone's wife. Tapi makin hari aku makin sedih.

Kenapa?

Sebab aku pikir mak ayah. Aku tahu aku belum buat sehabis baik sebagai anak. Belum cukup balas jasa mak ayah. Pasal dosa toksah cakaplah, bersusun. Andai boleh ulang balik masa, aku nak jadi anak yang dengar cakap. Yang tak selop nak kawen sebab konon nak elak dosa maksiat tapi abaikan mak bapak sendiri. Benda ni selalu ulang main dalam kepala otak aku- kalau aku seorang yang lebih organize, lebih tegas, lebih mendengar kata, lebih wise, lebih dalam segala gala, aku rasa mak ayah akan lebih happy. Dan aku pon tak rasa reluctant nak kawen tinggalkan mak ayah dan family macam tu semata.

Honestly, getting married was not a bad idea. Cuma yang aku risau is the life after. Sekarang pon aku macam sedikit tekanan dengan Jack, Aku rasa menyampah dengan diri sendiri sebab bila Jack marah dan suruh buat itu ini aku ikut tapi bila mak ayah yang nasihat aku buat bodoh. Aku belum kawen. Syurga aku sekarang masih dengan mak ayah.

Sebab tu aku takut. Aku takut kawen aku tak berkat. Terlalu nak puaskan hati boyfriend yang sudah menjadi tunang dan bakal menjadi teman hidup forever, tapi mak ayah sendiri aku tambahkan dosa diorang. Faham tak apa aku cuba sampaikan?

I pray hard that it will not be as bad as I imagine.

Apr 18, 2015

TRUE STORY BRO



Hakikatnya bila dah dalam hubungan tu, kau serabut sebenarnya.

Feb 3, 2015

BETAPA TUHAN SAYANGKAN KITA KAN?


Berapa banyaknya dosa yang aku dah buat dan aku sedar. Tapi lagi seronok nak buat. Cuma bodohnya setiap kali lepas solat, mesti berdoa mintak segala bagai benda benda baik dan diampunkan dosa.

Perangai gampang kan?

Pernah berada dalam situasi kau selalu bagi tahi kat orang tapi dia tak pernah dajalkan kau. Satu hari, kau susah, dia orang pertama datang tolong. Lalu kau segan, dan kau mula buat baik sebab insaf dan malu. Itulah yang aku rasa sekarang. Buat perangai setan dan berapa lama tapi Tuhan tetap makbul doa aku yang macam macam. Aku mintak dimurahkan rezeki, dia bagi. Aku mintak sihat selalu, dia bagi. Aku mintak dapat kerja best, dia bagi. Jadi aku berazam nak jadi orang baik baik dan berkelakuan baik baik supaya Tuhan tak menyampah dengan aku. Aku nak doa aku terus dimakbulkan. Alhamdulillah Tuhan kenankan doa.

And here we are. One step closer to our marriage. Plan asal nak buat September but we don't think we could wait any longer. Benda baik eloklah diawalkan. So berhentilah buat perangai setan sebab dah nak jadi bini orang pon.

I pray the best for us both. Always.

Jan 3, 2015






Jack is leaving. Ini betul betul separuh jiwaku pergi. 

Mulai hari ni kalau orang tanya,

"Bila nak kawen?"

"Tahun ni la."



Aku belum start buat preparation lagi. Got another 9 months to go before the big day. Aku buat rileks tapi orang keliling yang kalut dok tanya macam macam. But sokay. At least ada gak orang nak alert kan aku pasal benda ni.

Anyhoo, aku dah mula berangan pasal wedding dress since last year. Design macam mana belum finalized lagi but I have what I want in mind; white and lace. Basically macam gambar kat bawah.



Gambar yang aku amek dari Tumblr. Gambar ni la yang aku dok tayang sana sini tanya kalau ada orang boleh buatkan. For me lace memang cantik gila buat dress kawen. Satu; sebab aku taksuka manik bling bling banyak macam kawen kat Las Vegas. Dua; White lace is classic. Takkan pernah lekang dek panas dan takkan lapuk dek hujan dan aku juga yakin akan nampak cantik dalam dress macamni. Hmm kelas nauu bakal pengantin yakin diri.



Gambar dua kat atas ni pulak aku amek dari Google sebab nak tengok jenis kain ja. Haritu aku dengan mak ada pi survey kain kat Jakel tapi mahal nak mampuii. Semeter 300++. Itu belum campur upah lagi. Mula mak bising jugak suruh aku sewa ja. Honestly I don't mind nak menyewa asalkan aku jumpa dress macam yang aku nak which is harapan tipis lah kan sebab kalau bayar Rico Rinaldi, Fuzana Mokhtaza, Jovian Mandagie atau seangkatannya sahaja yang mampu untuk  menjadikan dress impian hidup aku menjadi kenyataan. Huuuu nangis jap sebab takmampu. Kesimpulannya aku akan buat bajet untuk satu wedding dress and will work based on the budget. That's why kena rajin survey kain untuk dibeli. Low budget lah katakan.


Kata orang ukur baju dibadan sendiri, ukur duit kat wallet sendiri. Pendek kata nak ukur apa apa pon semua kena acu kat diri sendiri. Aku dengan Jack berhempas pulas nak make this happened. Budget takbesar jadi list kitorang kena ikut macam yang dirancang. Tapi tulah, penyakit aku ni jenis nak particular semua benda. Macam nak cari make-up artist, sampai sekarang aku tak jumpa lagi yang kena dengan taste aku. Hal ini juga turut bermaksud aku takmampu nak hire Nabby Badjenid tu tapi aku pon takmau la amek artist yang mekap pelik pelik satgi jadi mak lampir pulak dihari persandinganku. Satgi mulalah aku nak buat muka duduk kat pelamin. Ciss. Photographer, pelamin, catering-- semua aku takjumpa lagi yang berkenan di hati. Lagi ciss.

But sokay. Kita buat pelan pelan (perlahan lahan). Insyaallah banyak lagi masa. Just kena banyak research and discuss dengan orang. Hope everything will go well. Kalau blog aku ni public aku nak cakap 'Please pray for me' tapi memandangkan aku sorangja dok baca so tapayah nak pulun sangatla Ati.

Kbai.