Sebentar tadi adik perempuan saya bertanyakan pendapat kepada kakaknya yang bijak laksana ini. Katanya dia sudah tiada hati dengan kekasihnya dan dalam masa yang sama crush nya sejak lima tahun lalu mula memberikan perhatian kepadanya. Lalu saya memetik kata-kata Depp, "If you love two people at the same time, choose the second one. Because
if you really loved the first one, you wouldn't have fallen for the second."
Dia tanya, "So aku kena tinggalkan Syakir lah ni and pilih mamat tu?"
Saya balas, "Perempuan, am sure its just a fling. Kenapa nak kena tinggalkan Syakir? You said he's the best for you kan."
"Tapi aku rasa macam tadak masa depan dengan dia. Aku suruh sambung belajar dia tanak. Kerja pon malas. Tido all day long. Dah macam mana nak ada masa depan?"
"Good. At least you have come to your sense now. If rasa dia cuma melalaikan hang, leave him. You'll find a better one soon. Tapayah nak kalut."
"So aku kena pilih mamat tu la? Hang kata choose the second."
"Ngoks. Itu Depp yang kata. Dan dia kata tinggalkan yang pertama if you FALL for the second. Ni hang bukannya jatuh cinta pun. Main main ja kan?"
"So patut tak aku go on dengan Syakir? Mamat tu camana?"
"Hang pikiaq pasai SPM lagi berbaloi. Nanti dah masuk uni hang rambang mata nak pilih yang mana."
"Hmm. Hang kalau nak cari suami mestilah nak yang lagi bijak kan? Kalau IQ lagi rendah daripada hang, nak berdebat pon tak feel. Macam tu lah aku rasa dengan Syakir."
"Eley before this dia lah segala gala. Boleh borak bagai. Tak mengaji tinggi pon boleh paham hang. Puii."
*Aja gelak*
Then masuk cerita bab bekas bekas kekasih, plan masa depan, calon menantu pilihan mak ayah dan kenapa mak ayah memilih calon menantu yang sedemikian rupa. Eleh kita pon nak orang macam tu jugak sebenarnya.
"Nasihat aku sebagai kakak, hang bincang elok elok dulu dengan Syakir. Tell him what you want. Kalau lepas hang terangkan semua siap lukis chart bagai but dia tetap tapaham/ malas amek pusing, itu maknanya dia dah tanak ada komitmen. If he really loves you Insyaallah dia sanggup berubah ke arah kebaikan. Kenapa nak tolak plan hang suruh dia further study kalau dah memang family dia lebih daripada mampu nak hantar anak anak masuk uni? Nak suruh kerja pon tanak. Timbang baik baik apa future plan hang. Kalau dia lebih membebankan daripada membawa kebaikan, adalah lebih baik untuk meminta fasakh."
Jul 30, 2012
Jul 29, 2012
OF BRAIN AND STUBBORNNESS
"Hello, kakak?"
"Kakak dengar tak?"
"Hello?"
"Ye?"
"Kakak dengar tak Along cakap ni?"
"Ye."
"Takpelah. Bye."
"Kakak dengar tak?"
"Hello?"
"Ye?"
"Kakak dengar tak Along cakap ni?"
"Ye."
"Takpelah. Bye."
Dah memang tahu hati awak keras. Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga pada usia sembilan tahun ini Tuhan kurniakan awak kelembutan hati dan awak dapat menjadi anak solehah yang tak buat orang lain sakit jantung. Amin.
Jul 28, 2012
BILA KITA ASYIK BERADA DI TAKUK YANG SAMA DAN TAK MAHU BERUBAH DEMI SESUATU YANG ENTAH APA APA
Orang kata kalau nak menulis kita perlukan ketenangan. Betullah kot. Tapi,
Satu. Ketenangan aku dirumah, dan aku jauh dari rumah.
Dua. Aku takdapat nak bertenang memikirkan cuti yang takan dapat.
Tiga. Aku rasa rimas sebab tak produktif kat tempat kerja. Jadi aku takdapat nak bertenang.
Aku harap sangat tak ada senior workers kat ofis tu yang kenal mak ayah. This internship is so not about me. Kalau nak ikut perangai entah apa apa aku ni memang senang sangat nak buat bodoh dengan orang. Aku taknak orang cerita kat mak ayah aku goyang kaki kat ofis. Sumpah taknak. Tapi mak ayah dah letak harapan yang boleh tahan tinggi nak aku berjaya dan blablabla. Sebagai ratu air mata, mak menangis tengok Cimud keluar tv buat news. But so far, I've done nothing. Aku berat mulut, berat hati dan memang dah tak ada hati. I'm counting the days towards Aug 24. Please come.
Subscribe to:
Posts (Atom)

