Mar 13, 2021
HOW FOOD ADDICTION RUINED MY LIFE
Mar 12, 2021
CLASSIC PANCAKE AWESOME BREW, SUNWAY CITY ISKANDAR SEDAP MENANGIS
Seminggu ni masuk office asyik mengantuk saja lepas lunch. Penat apa entah padahal malam dah tidur awal. Sejak dah start masuk office balik ni masalah harian pun dah muncul semula iaitu - makan mana?
Gituler masalah orang kerja pejabat. Selain nak mikir masalah rumahtangga, masalah anak-anak, pukul berapa nak amek anak, tahun ni raya mana; masalah sehari hari kami adalah makan mana.
Before nak keluar lunch pun aku dengan Aisyah deliberated kejap nak makan mana. Mumu tak terlibat dalam penyelesaian masalah ini sebab dia keluar lambat sikit settlekan kerja di office. Dah masuk kereta aku cakap - okay kita makan kat Citrine saja. Citrine Hub cuma 2 minit dari pejabat kami di Medini 9. Tapi di Citrine pun ada a few kedai makan so jem jap nak decide makan mana. Last last aku cakap dengan Aisyah kita makan di Awesome Brew saja. Dan dan tu lah aku teringat aku selalu gila makan kat situ few years back.
Masa kerja di MIM, selalu sangat rasanya makan di Awesome Brew. Sebab my ex-boss, Kak Niza pun suka buat meeting di luar so time tu takbanyak lagi cafes di Iskandar Puteri. Among our options are Starbucks, TreeSea by 3C Cafe, Awesome Brew andddd hmmm tu jelah kot. Aku pun dah tak ingat sangat. Ada sekali tu Team Comms dapat intern nama Nikhlesh. Dia ni bagus betul and jenis follow the rules. One day, lepas kitorang habis our flagship event, memasing dah macam nak patah kaki so ajakla pi minum kat Awesome Brew. Si Nikhlesh nampak tenang tapi aku syak dalam hati dah meraung nak jawab apa kalau boss tanya dia ada mana hahaha. Nasib kau lah.
Harini COMMS GIRL POWER lengkap kehadiran di office and since lunch hour on Fridays memang lama sikit so bolehla menikmati makanan mahal dengan penuh kusyuk. We ordered Korean fried chicken with rice, carbonara, some fries and of course.... the classic pancake.
Lepas first time aku try makan pancake ni dulu, almost every week aku pi Awesome Brew semata nak makan classic pancake dia. Other than the classic pancake; which is just 3 pieces of pancakes with some syrup and butter, Awesome Brew juga ada Nutella pancake and berries pancake kalau aku taksilap. Sedap juga tu uiiii berry berry sinful.
Habis licin kitorang makan, sama licin macam poket aku. Lepas kenyang melantak, we got ourselves some lattes before balik office. Latte Awesome Brew pun sedap juga. Honestly aku rasa makanan dia semua sedap. I would recommend aglio olio sebab ada smoked duck, churros and their brunch sets. Pendek kata tak menyesal makan situ eventhough a bit pricey. Tapi portion banyak so sepinggan share dua jelah.
Jimat, dan romatis mungkin?
Mar 9, 2021
PERCUBAAN WAGYU TEPPANYAKI SET LUNCH DI AWAGYU RESTAURANT JOHOR BAHRU
Lama betul aku tinggalkan dunia blogging. Last update was in September 2019. Daripada Ali takpandai bercakap sampai dah pandai membebel. Daripada cuma pandai tunjuk benda sampai dah asyik ulang sebut benda sama depan muka aku hari hari. Kenapa tah ek sejak berusia ni rasa malas betul nak bercerita pasal kehidupan sehari hari. Dulu kemahen satu hari sampai 3 posts siap singgah blog orang lain. Harini terasa nak update balik sebab Paige jemput aku untuk food tasting kat Awagyu Restaurant. Bertempat di Taman Abad, Johor Bahru, the location is easy to find too.
Ini kali kedua aku makan wagyu. First time dulu Ariff belanja kat Me'nate Shah Alam, wagyu steak RM300 istighfar panjang sambil aku makan. Jack sampai kena pujuk suruh dia order wagyu paling mahal daripada 3 jenis sebab dia nak amek the cheapest. Then Ariff suruh try jugak the premium wagyu sebab once in a lifetime experience katanya. Nasib baik laki aku tak menangis makan wagyu. Aku ni pula, disebabkan baru je habis pantangkan si Ali so usus bersih sangat, right after makan terus membuang. Esoknya cirbir sebab perut tak tahan makan daging. Tapi sumpahla rasa wagyu steak Me'nate dengan Awagyu jauh beza bagai BTOB dengan BTS.
Obviously I'm an Army and kebetulan birthday my Sugababy today so...
HAPPY BIRTHDAY SUGA 💜
Anyways, dalam ingatan aku, daging Me'nate ada liat liat sikit. Taktahulah sebab cara masak dia tak betul ke apa. Kat Awagyu ni, daging dia macam.... cotton candy alahai. Chef masak depan mata and dia explain lepas grilled for few minutes, angkat letak tepi sekejap bagi dia self-cooked then baru grill lagi sekali. Aku yang pakai braces ni menguyah dengan lancar. Sedap betul. The one yang diorang hidangkan ni namanya Wagyu Teppanyaki Set Lunch. Ada 3 jenis wagyu boleh pilih and boleh upgrade wagyu anda kepada sirloin cap (RM108), ribloin (RM118) and sirloin (RM128). Ikut tekak dan poket lah ye.









