Mar 12, 2021

CLASSIC PANCAKE AWESOME BREW, SUNWAY CITY ISKANDAR SEDAP MENANGIS

Seminggu ni masuk office asyik mengantuk saja lepas lunch. Penat apa entah padahal malam dah tidur awal. Sejak dah start masuk office balik ni masalah harian pun dah muncul semula iaitu - makan mana?

Gituler masalah orang kerja pejabat. Selain nak mikir masalah rumahtangga, masalah anak-anak, pukul berapa nak amek anak, tahun ni raya mana; masalah sehari hari kami adalah makan mana.

Before nak keluar lunch pun aku dengan Aisyah deliberated kejap nak makan mana. Mumu tak terlibat dalam penyelesaian masalah ini sebab dia keluar lambat sikit settlekan kerja di office. Dah masuk kereta aku cakap - okay kita makan kat Citrine saja. Citrine Hub cuma 2 minit dari pejabat kami di Medini 9. Tapi di Citrine pun ada a few kedai makan so jem jap nak decide makan mana. Last last aku cakap dengan Aisyah kita makan di Awesome Brew saja. Dan dan tu lah aku teringat aku selalu gila makan kat situ few years back. 


Masa kerja di MIM, selalu sangat rasanya makan di Awesome Brew. Sebab my ex-boss, Kak Niza pun suka buat meeting di luar so time tu takbanyak lagi cafes di Iskandar Puteri. Among our options are Starbucks, TreeSea by 3C Cafe, Awesome Brew andddd hmmm tu jelah kot. Aku pun dah tak ingat sangat. Ada sekali tu Team Comms dapat intern nama Nikhlesh. Dia ni bagus betul and jenis follow the rules. One day, lepas kitorang habis our flagship event, memasing dah macam nak patah kaki so ajakla pi minum kat Awesome Brew. Si Nikhlesh nampak tenang tapi aku syak dalam hati dah meraung nak jawab apa kalau boss tanya dia ada mana hahaha. Nasib kau lah. 





 Harini COMMS GIRL POWER lengkap kehadiran di office and since lunch hour on Fridays memang lama sikit so bolehla menikmati makanan mahal dengan penuh kusyuk. We ordered Korean fried chicken with rice, carbonara, some fries and of course.... the classic pancake.

Lepas first time aku try makan pancake ni dulu, almost every week aku pi Awesome Brew semata nak makan classic pancake dia. Other than the classic pancake; which is just 3 pieces of pancakes with some syrup and butter, Awesome Brew juga ada Nutella pancake and berries pancake kalau aku taksilap. Sedap juga tu uiiii berry berry sinful. 


Habis licin kitorang makan, sama licin macam poket aku. Lepas kenyang melantak, we got ourselves some lattes before balik office. Latte Awesome Brew pun sedap juga. Honestly aku rasa makanan dia semua sedap. I would recommend aglio olio sebab ada smoked duck, churros and their brunch sets. Pendek kata tak menyesal makan situ eventhough a bit pricey. Tapi portion banyak so sepinggan share dua jelah. 

Jimat, dan romatis mungkin?


AWESOME BREW SUNWAY CITY ISKANDAR
1-19, FF, Sunway Citrine Hub,
Persiaran Medini 3,
79250 Iskandar Puteri, Johor. 
Phone: 07-509 6404

Mar 9, 2021

PERCUBAAN WAGYU TEPPANYAKI SET LUNCH DI AWAGYU RESTAURANT JOHOR BAHRU

Lama betul aku tinggalkan dunia blogging. Last update was in September 2019. Daripada Ali takpandai bercakap sampai dah pandai membebel. Daripada cuma pandai tunjuk benda sampai dah asyik ulang sebut benda sama depan muka aku hari hari. Kenapa tah ek sejak berusia ni rasa malas betul nak bercerita pasal kehidupan sehari hari. Dulu kemahen satu hari sampai 3 posts siap singgah blog orang lain. Harini terasa nak update balik sebab Paige jemput aku untuk food tasting kat Awagyu Restaurant. Bertempat di Taman Abad, Johor Bahru, the location is easy to find too. 


Ini kali kedua aku makan wagyu. First time dulu Ariff belanja kat Me'nate Shah Alam, wagyu steak RM300 istighfar panjang sambil aku makan. Jack sampai kena pujuk suruh dia order wagyu paling mahal daripada 3 jenis sebab dia nak amek the cheapest. Then Ariff suruh try jugak the premium wagyu sebab once in a lifetime experience katanya. Nasib baik laki aku tak menangis makan wagyu. Aku ni pula, disebabkan baru je habis pantangkan si Ali so usus bersih sangat, right after makan terus membuang. Esoknya cirbir sebab perut tak tahan makan daging. Tapi sumpahla rasa wagyu steak Me'nate dengan Awagyu jauh beza bagai  BTOB dengan BTS.

Obviously I'm an Army and kebetulan birthday my Sugababy today so... 

HAPPY BIRTHDAY SUGA ðŸ’œ


Anyways, dalam ingatan aku, daging Me'nate ada liat liat sikit. Taktahulah sebab cara masak dia tak betul ke apa. Kat Awagyu ni, daging dia macam.... cotton candy alahai. Chef masak depan mata and dia explain lepas grilled for few minutes, angkat letak tepi sekejap bagi dia self-cooked then baru grill lagi sekali. Aku yang pakai braces ni menguyah dengan lancar. Sedap betul. The one yang diorang hidangkan ni namanya Wagyu Teppanyaki Set Lunch. Ada 3 jenis wagyu boleh pilih and boleh upgrade wagyu anda kepada sirloin cap (RM108), ribloin (RM118) and sirloin (RM128). Ikut tekak dan poket lah ye. 


Lepas dah habis lunch session, nampak chef tengah stock up barang and prep untuk storage. Chef tengah potong bluefin tuna and dia bagi kitorang rasa. Cara makan ni unik beteyy sebab letak belakang tangan and sedut masuk mulut terus. Merasalah macam kucing kejap.


Given the overall experience and food quality, I would come back for special occasions. Saja saja datang nak lunch memang taklah bukan sebab taksedap, tapi memang datang makan sorang lerr. Kawan kawan aku mostly level Sushi King or Mentai #ehem. Jack pula bukan reti nak makan jepun. So sekarang secara tak langsung aku menggalas tanggungjawab untuk ajar Ali diversify taste buds dia. Walaupun nampak turun perangai bapaknya cuma suka makan nasi dengan lauk ayam. 

Boring betoi hampa ni. 
Mungkin dah tiba masanya aku cari kawan baru. 
Atau keluarga baru.

AWAGYU RESTAURANT
Booking +6011-5776 4363 / https://wa.link/ko8lp7
25C, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Taman Abad,
80300 Johor Bahru, Johor. 

Sep 20, 2019

PERANGAI MAK SAYA

Lebih kurang sepuluh tahun yang lalu aku ada teman mak pergi shopping. Nak cari baju katanya. Kami pun masuk dari satu kedai ke satu kedai dalam mall tu. Sampai kat satu kedai kasut, mak nampak ada sepasang kasut yang cantik. Tapi tidaklah dia berniat nak beli pun. 

Aku cuma tunggu di luar kedai. Tahu tahu mak dah beli. Aku tanya kenapa beli jugak kan dah burst bajet.

"Sebab salesgirl tu baik. Rajin melayan mak siap keluar masuk stor carikan saiz mak. Mak kesian, lagipun murah saja tengah sale. Mak beli la."

Weak. 
Aku cuma geleng kepala. 

Tidak kusangka sepuluh tahun kemudian aku turun perangai mak. Pantang kena pujuk dengan makcik atau pakcik yang kasihan, aku beli je barang diorang. Sebab aku rasa, dunia ni kena balance. 
Kalau semua orang shopping kat Tesco siapa nak tolong peniaga peniaga kecil? 
Kalau semua orang shopping di FashionValet, siapa nak tolong tukang jahit yang baru nak buat bisnes?

Empat hari lepas semasa shopping barang dapur di Jaya Grocer, aku lalu di seafood section. Pakcik tu suruh beli ikan dia - tengok ni ha segar semuanya. Pakcik dah potong siap siap, bersihkan. awak balik masak je. Ya betul, kat Jaya Grocer memang fresh semuanya. Lalu aku pun beli seekor ikan tenggiri yang aku taktahu pun nak masak bila -,-

Nov 23, 2018

TM INTERNET SERVICES DOWN DUE TO MULTIPLE FIBRE CUT INCIDENTS


Sudah 14 hari TM mempermainkan perasaan dan memporak perandakan hidup aku. Dulu aku takpernah kisah bila tak ada internet because I could simply read a book or play a stupid cooking games on my phone. But not now. I'll tell you why:

Sebab utama adalah monthly internet quota for mobile cuma 8GB. Aku cuma amek 8GB dengan sepenuhnya bergantung harap kepada unlimited data daripada Streamyx di rumah. Ye, Streamyx kerana Kempas belum maju.

Aku ada sorang anak lelaki berusia satu tahun sepuluh bulan yang jika diwaktu senggang dan sebelum tidur memang kerja nak layan Cocomelon. Selama ada wifi kat rumah aku takpernah heran kalau dia nak layan Cocomelon sampai 3 pagi pun. Tapi di hari kedua dia dah makan 2GB internet. Hari keempat dah jadi 4GB. Sungguh sungguh anak aku kenduri ni.

Aku dah mula layan Netflix sejak berpindah kerumah baru dan mempunyai TV 55 inci. Tengok movie/ layan series memang sedap. So bila tak ada internet, jangankan tengok kat TV, nak pasang daripada laptop/ tab pun taklepas. Jadi aku murung. 

Aku lagi murung apabila dihari ke sepuluh total internet usage dah jadi 14GB. Korang maybe tak kisah - alah setakat tambah bayar berapa puluh ringgit je. Nope, I'm not okay. Sebab aku dah bayar bil internet unlimited cantik cantik tetiba dia bual hal sekarang kena catu satu family. Ni bukan masalah kedekut, ni masalah orang dewasa yang ada monthly komitmen. Gaji aku memang dah ada allocation nak kena bayar apa dan buat apa. Ada juga portion untuk shopping. Jadi kalau tetiba kena bayar additional internet RM50 dan aku melepas shopping bulan ni, tak ke gelap dunia?

Actually setiap hari aku memang call ke TM untuk follow up sebab setiap kali buat report takda satu habuk pun technician dia teringin call aku semula. Aku nak marahkan call center pun dia tolong bukak report je. Tataulah nak marah sapa yang bangang. Sebab aku cakap modem rosak lampu semua tak menyala, and setiap kali tu lah call center akan cakap cable kat area aku problem. Kalau cable problem takkan modem tak menyala? And since modem aku masih bawah warranty TM, aku bengkek la jugak bila diorang buat tatau je. At least call lah explain apa masalah yang sebetulnya. Hish, jenis manusia macamni kalau dah kawen boleh cerai laki bini. 
Kesimpulannya, aku sedih sebab tadi lepas call TM pegawai tu kata cable problem sampai end of  this month. Wadefish. Bagitau daripada awal dulu kan senang. Now aku kena fork out duit nak beli additional data. Lepastu berjimat dan berkemungkinan kena ragut rumput dihujung bulan gara-gara perangai TM yang tidak bertanggungjawab. 

FUTM

Aug 7, 2018

MY BIGGEST LOSER JOURNEY #1

Medini Biggest Loser 2.0 sudah berada di minggu kedua. Masa mula mula timbang, berat aku 59.4 kg. Mari kita lihat gambar sebelum seorang Ati.





Aku paling tak puas hati tang part perut. Mendadak sangat naik tanpa segan silu. Lepastu lengan, pun mencanak berkembang. Lastly punggung. Minggu pertama turun menjadi 57.9 kg. Maunya tak turun, beriya aku jaga makan. Exercise sampai nak tercabut kaki. Seminggu jugakla jalan pengkaq kat ofis. Dua minggu aku cut sugar sampailah sesi excercise petang tadi, aku hampir pitam. Coach datang tanya:

"You okay?"

"Okay la cuma I rasa nak pitam. Macam kurang gula je."

"How's your food intake lately?"

"I memang dah dua minggu tak amek sugar except from natural source. I makan buah je."

"Patutlah. You should, especially bila nak exercise ni kita akan buang glucose....."

Lepas dia cakap you should je aku terus terbayang tomyam ayam kedai depan rumah. Ya Allah sedapnya. Disebabkan aku ni jenis yang mendengar kata, lepas balik from exercise aku terus pegi order tomyam ayam dibungkus. 

Organic ramen beli kat Jaya Grocer sebab nak hirup tomyam kosong kang terbakar perut.

Alhamdulillah kenyang. Terima kasih atas nasihat coach.