Aug 2, 2016

OF BABY A

Few months ago aku ada post dalam blog pasal "I think I'm pregnant" but turns out am not. Major turned down sebab macam berharap ke apa entahlah. First few months kawen memang perasaan nak pregnant tu membuak buak. I'm not sure if its because pressure from people around atau aku memang nak anak. Sebab kalau ikutkan perangai aku masuk hospital tengok orang lain terlantar kat katil pon darah aku dah berderau. Apatah lagi diri sendiri nak pregnant- nak beranak semua tu. Ya Allah.

Jadi aku berhenti berharap. Dah malas amek port aku pregnant ke tidak sebab bila dok berharap habis semua kerja takjalan. Before kawen dulu aku 52kg camtu la. Pas kawen zass 60kg lepastu risau nak workout sebab asyik bear in mind  what if I'm pregnant.

Sampailah 26 Julai 2016 aku tergerak hati nak buat test. Itu pon sebab semalamnya dah puas memanjat bukit recce tempat untuk event Hutan Kita pagi 26 tu. Aku penat teruk, tercungap cungap dan kebetulan period lambat. Plan nak buat UPT tu sebab kalau pregnant tapayahla panjat bukit. Kan?

But only God knows how happy I was in the morning of 26th bila stick tu double line. It was so clear and aku jadi tak tentu arah nak buat apa macam nak melompat pon ada. When at first aku tak berharap langsung maka tuhan hadiahkan aku anak. Dia tahu aku dah boleh jadi ibu.


I couldn't contained the good news to myself but so I was nervous to even share with Ika about this. Yelah, what if false alarm. Kan ada je kes orang buat test dah positive tapi sebenarnya tak pregnant pon. Yeah I'm such a pessimist when it comes to big thing like this. I wanna confirm it so bad that right away after the event terus pegi Gleneagles Medini jumpa Dr. Rohaida untuk buat scan. Masa scan kat perut memang taknampak la sebab baru lagi. Dia tanya nak tunggu next month or nak scan dari bawah (vagina) je. Of course I opted the second. Excited (and nervous actually nak confirmkan diri sendiri pregnant). And here is my baby at 5 weeks of pregnancy. Kecik je.


During my first trimester memang alahan teruk. Segala benda aku makan memang keluar balik. My heart beat so fast macam aku lari turun naik bukit. Padahal tengah baring je. Sentiasa rasa lemah dan nak pengsan. Badan and kepala asyik berangin, tetiba pening pastu nak nangis. Asyik nak monyok je aku pon tataulah apa yang tak kena. Kesian Jack kena jaga. Sendiri masak taklalu nak makan. Berat memang turun time ni. Kebetulan awal pregnancy jatuh dalam bulan puasa so ketinggalan lah aku 18 hari puasa. First few days aku sempat puasa sampailah hari ketiga, lepas berbuka je aku macam nak pengsan sangat. Mintak tolong Rozie bawakkan ke  ER Columbia Asia sebab tu je paling dekat dengan rumah. Sirius aku memang rasa macam nak pengsan.

Then bila sampai kat kaunter, MO tu check blood pressure apa semua time tu lah aku rasa lapar sangat sangat sebab before that aku dah muntah 2-3 kali jugakla. Tanpa segan silu aku tanya dia cafe bukak tak? Padahal dah 12 tengah malam dan sah sah aku tau cafe dah tutup. Cuma aku harapkan dia bagila aku biskut ke apa sebab aku memang siriusli lapar. Dia just jawab, cafe dah tutup dan cuma suruh aku tunggu doktor. Hmm -.-

So mendapatla jugak kena cucuk, kena masuk air sebab dehydrated and low blood pressure. Doktor ada tunjuk chart and explain pebenda yang body aku tengah kurang tapi aku tapaham satu apa pon. Kepala aku pikir nak balik cepat je. Doktor pon nasihatkan jangan puasa lagi sehari dua ni tapi terus aku tinggal sampai 18 hari. Bila pikir balik sayangnyaa banyak nauu tinggal puasa. But yeah, aku ni tanak menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Dahla Jack jauh. Kang dok paksa puasa pastu lembik pastu lagi nak kacau orang suruh hantar pegi hospital lah bagai. Takpelah, ganti puasa je my only choice.

These are my 9 weeks scan images. Dah boleh dengar heartbeat baby.



But the very next check-up tu lagi excited sebab baby dah (agak) cukup sifat. Boleh nampak bentuk badan dah macam orang. Ada tangan kaki semua and nampak dia berenang renang. Hihi. I sent Jack the video and he was so happy. Sayangnya takdapat tengok reaction dia depan depan.



So yeah that is my pregnancy journey thus far. I'm 14 weeks pregnant now :)
Semoga semuanya baik baik saja.

Aug 1, 2016

POST THE MAZE RUNNER MOVIE



"The Maze Runner ni best jugak eh."

"Awak tau tak dia ada prequel?"

"Oh ya? Apa tajuk dia?", tanya aku excitedly and innocently nak tau.

"The Kite Runner."

Lalu Jack gelak terkekek kekek.

Dasar ini anak -,-

Jun 16, 2016


Bila baca balik entri lama-lama, rasa separuh diri tu dah hilang. 
Is this part of maturity? 
If it really is, sad kan?

Feb 22, 2016


I grew up to the love story of be married to someone who even when you're mad at her, you would want to kiss her and never let go.

Jan 31, 2016


Hi.

Lamanya Ati tak menulis. Kononnya circa 2014 dulu nak buat 10-positive-daily-posts tapi tak menjadi sebab (bajet) busy sangat. Well, esok dah nak masuk February pon. Meh sini aku nak wrap up my 2015.
  1. Am married to Muhammad Ikhwan Zulkaflee on June 14. Alhamdulillah dengan sekali lafaz :)
  2. Still having trouble to adjust myself with married life. Most of the times I blame myself sebab takpandai nak menyenangkan benda. Well, that's another story worth telling which aku tataulah bila aku nak tulis.
  3. Pada ulangtahun kelahiran aku yang ke 25, aku cuma sambut sorang sorang -kebetulan keluar lunch dengan Heliz, Kak Mimi and Kak Leen, dah order makan baru aku macam terkeluar cakap "Today's my birthday". So Kak Leen treated me lunch yang taksedap langsung sebab aku tersalah order. Sad, kan? But alhamdulillah di ulangtahun ke-26 which was on Dec 9 last year, Wolfpack acah-acah buat birthday surprise kat Moonlight. Terharu much? Yes sebab selama aku hidup aku rasa sedih gila lahir bulan 12 tak dapat wish birthday from classmates sebab Disember adalah time cuti sekolah. Bila masuk kolej and uni pon sama. Tapi kat USM sempat jugak dapat surprise from Jack. Hiks.
  4. I've secured a job in Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd as the Associate of Stakeholder & Media Management. Hasta la vista MT.
K tu je. Aku doakan semoga diri sendiri dapat menempuh 2016 dengan penuh bijak dan classy.