Oct 2, 2015

THEN THE WIND BLOWS



I think I've been hard on Aja lately. Kecewa dengan diri sendiri mungkin, yang takdapat jadi sebagus macam diimpikan sampai aku sibuk nak Aja jadi perfect.

Bertalu talu aku suruh dia lancar dalam Bahasa Inggeris, mahirkan diri dengan soft skills, banyakkan membaca general knowledge supaya boleh bercampur dengan orang. Buat itu, buat ini.

Dah semakin mak mak aku ni. Baru sekarang paham perasaan mak ayah yang taknak anak gagal. Taknak anak gagal macam diri sendiri.

THIS IS A CRUEL WORLD. ALL THE BEST AJA ♥

Oct 1, 2015

ANAKMU SAZALI


15 tahun lepas aku selalu berangan nak namakan anak sendiri. Aku ada satu list nama nama yang terlintas difikiran kengkonon sedap nak mampus tak ada orang dapat tandingi nama anak anak aku. Dan bapak sekali. Sampai ke nama bapak pon aku reka dan aku kena cari suami nama macamtu supaya sedap di-bin dan di-binti kan dengan nama anak anak.

15 tahun kemudian baru kutahu - penat lelah susah payah nak membuat seorang anak.

Apatah lagi nak membesarkannya.

THE WIND CRIES


Kalau satu hari pasangan kau kata, "Jom kita confess satu benda yang kita sembunyikan daripada each other selama ni. The catch is we cannot be mad at one another and let its just finished here. Once and for all."

Dan kau menolak.

Pasangan kau tetap berkeras memujuk adakan sesi confession itu.

Lalu kau menjawab, "How sure are you, that you will look at me the same for the rest of your life knowing the secrets I've been hiding for you all these while?"

Sep 28, 2015



Umey tanya aku ada bayar pinjaman PTPTN tak.

Lalu aku jawab ya. Aku bayar.

Umey sengih sambil cakap baiknya aku.

Aku nak lawan sengih balik tapi aku tau sengih saja tak memadai nak buat dia sedar.

"Itu kan duit hutang. Duit hutang wajib bayar. Dahla kita hutang sebab nak belajar. Sebab nak masa depan cerah."

Aku harap dia sedar masa depan dia tak berapa nak cerah sebab tak bayar hutang.

Aug 11, 2015



1. Masa akad nikah aku selop menangis sebab mengenangkan dosa dengan mak ayah. Sebelum kahwin aku pasang azam nak jadi isteri yang taat pada suami dan solehah. So bila dah sah bertukar syurga, aku sebak. Segala benda baik aku buat lepasni semata nak pleasekan Jack padahal dengan mak ayah dulu aku layan kelas ekonomi punya.

2. Aku rasa malam kedua atau ketiga lepas kahwin which we both were still at my parent's in Kuantan, aku sedih sangat malamtu. Sebab tetiba aku rasa gap yang sangat besar bila dah jadi isteri orang. Ayah no longer sibuk panggil aku buatkan kopi dia yang aku sengaja kurangkan gula sebab taknak dia suruh dah in future. Mak pon tak panggil aku langsung tolong dia kat dapur. Semuanya atas dasar kesedaran diri sendiri nak pi tolong ke tak. Dan sumpah aku sedih sebab tiba-tiba  rasa asing sangat dalam rumah sendiri. Ayah sorang-sorang tengok bola kat depan. Mak kat bilik belakang aku tataulah dia buat apa aku segan nak pi tengok takut nanti menangis. Pendek kata malam tu kemuncak segala rasa sedih aku lalu aku selop menangis kat Jack sampai hidung tersumbat.

"Look baby. You're my wife. My life partner. But you should know that I managed to live all by myself all these while. Basuh baju, lipat baju, masak, makan, groceries- semua buat sendiri. Being married to me doesn't mean that I stop you from doing whatever you did before. You're still anak mak dan ayah, You're still Along to your sisters and brother. I don't take you from them."

3. As we grew older, baru kita  tahu nak value something. Like the bonding between you and parents, your siblings. Now aku rasa I have nothing to do with my parents. Ajaib kan, selepas 26 tahun, dengan sekali lafaz kita jadi milik orang lain.