Anak anak 80an patut bersyukur internet tak cukup maju zaman kita.
Jul 12, 2013
Jul 11, 2013
Bila dah besar ni, aku mula perasan conversation aku dengan mak tak macam bila aku borak dengan ayah. Dengan mak macam ada gap sikit. Jurang yang tak besar mana tapi cukuplah nak buat bunyi cengkerik di tengah tengah perbualan.
Lalu aku kaji balik sebab kami menjadi begitu. Rupanya mak perempuan, aku ini tiada berjiwa macam mak. Mak suka bercerita perihal kawan kawannya, jiran jiran yang berperangai entah apa apa, benda benda random yang mostly pasal orang. Mak bukan mengumpat, cuma dia suka meluah sebab dia memang tak pernah bercerita buruk kisah orang dengan orang lain. Jadinya aku lah tempat luahan memandangkan aku anak sulung yang diharapkan boleh memahaminya.
Tapi aku tak cukup faham.
Dan aku bodoh sombong.
Aku tak tahu macam mana nak terangkan perubahan fasa hidup aku dalam bentuk penulisan. Kalau dulu mak akan cakap sorang sorang sebab aku buat pekakkan telinga atau aku ke dapur pi makan sorang sorang. Rasanya sekarang aku dah mula faham mak. Bila dia cerita pasal kawan kawannya, jiran jiran yang berperangai entah apa apa, benda benda random yang mostly pasal orang-- aku akan dengar dan mula bagi reaksi. Paling kurang "Ouhh ye ke mak?"
Juga disebabkan dulu aku rasa mak dengan aku ada gap, aku tak berapa nak bercerita hal hidup aku dengan dia. Susah senang aku biar aku sorang tahu. Ayah ada untuk dengar aku. Mak tak penting masa tu.
Sekarang, sebab macam dah boleh geng dengan mak, mak pon rajin tanya pasal Jack-- le menantu pilihan. Mak berkenan sangat dengan Jack; entahlah kenapa aku malas amek pusing. Yang pasti aku lega. Lega bilamana selama 24 tahun aku hidup, akhirnya ada benda yang mak bersetuju dengan aku. Hal lelaki.

"Cantik pelamin tu. Along amekla gambaq banyak banyak nanti mak boleh refer nak buat pelamin Along."
Jul 10, 2013
Dua malam lalu, ketika bekalan internet tiada dihujung jari, mak bercerita tentang sahabatnya.
Sahabatnya yang dalam dilema mahu mengikut atau tidak suami yang bertukar tempat kerja ke negeri lain.
Pesan mak,
"Kita ini isteri. Tempat kita disisi suami. Biarpun suami kita ke hutan, kita ikut. Dia syurga kita. Dengan dia dimana mana kita pasti bahagia."

![]() |
| Mak ♥ |
Jul 4, 2013
OF MY LAST SEMESTER IN USM
Jadinya aku telah bergelar graduan daripada universiti tempatan. Universiti luar entah bila pulak. Tercapai jugak impian mak dan ayah tengok anaknya berjaya setelah anaknya ini berperangai tahi enam tahun lalu.
Dan ini adalah geng terbaik pernah aku ada sepanjang hidup. Susah senang aku selama tiga tahun ditempat orang, mereka ini ada untuk menjaga dan mendorong untuk aku buat yang terbaik. Liyana Sulaiman-- teman sebilik untuk dua tahun setengah. Banyak betul momen kita kongsi. Aku sakit kau jaga. Kau pulak takpernah sakit. Kita suka makan sushi, makan megi, buat modelling, bukak Youtube setup rambut, main mekap mekap, belit tudung; semuanya di bilik kecil kita.
Sumpah aku rindu.
Padanlah kita menangis sampai bengkak bijik mata petangtu. Asal kau tahu, walau sudah sampai Kuantan, aku masih menangis sampailah dua hari kemudian. Mata aku sakit bila bangun pagi. Tapi tak boleh nak ganti dengan rasa kosong dihati. Emosi tiada bertempat. Nasib baik blog ini sudah dikuncikan kepada orang luar. Sekarang aku sudah ada rasa segan untuk kongsikan kisah hidup aku dengan orang lain. Tak ada alasan kukuh. Cuma sekadar belum ada rasa untuk berkongsi.
Belum lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)